<body>
Sometimes,
You're like a symphony without a sound.


Profile entries Tag Links

Disclaimer
dear self, keep moving forward.


Oh Allah, when I lose hope because my plans have come to nothing, then help me to remember that Your love is always greater than my disappointments, and Your plans for my life are always better than my dreams.

+Follow ∞ Dashboard



Musics
Follow my moves

Your music codes here.


mimpi arwah tokwan
Sunday, 13 October 2013


Assalamualaikum.. apa khabar semua? Harap hampa semua sihat sihat sahaja. Setelah lama menyepi diri, sekarang aku menonjolkan diri. Hihi ada sesuatu yang aku terasa nak kongsi di sini. Harap hampa sudi dengar :)
Semalam, aku mimpikan arwah tokwan. Ya Allah memang aku teringin sangat nak jumpak arwah. Teringin sangat sangat.... dan akhirnya Allah makburkan doa aku. Alhamdulillah. Mungkin aku terlalu rindukan arwah.   One of my family who always pray hard for my success :')
Okay.
Masa tu aku duduk dekat kampung. Sambil sembang sembang dengan mak, tok dan ahli keluarga lain(tak perasan siapa), kami semua dikejutkan dengan ketukan pintu depan. aku pandang pintu. Tiba tiba muka arwah yang menjenguk, yaAllah betapa seronoknya aku... tak dapat digambarkan dengan kata kata, aku rasa hari tu adalah hari paling bahagia aku. Pakaiannya serba putih. Aku terus lari dapatkan tokwan aku. Aku peluk arwah. Kuat kuat. Macam taknak lepas.
Aku tarik tangan arwah, bawa arwah ke ruang tempat kami duduk. Orang lain aku dah tak perasan apa dah. Masa tu antara aku dengan tokwan aku ja. Aku bagitau tokwan aku,
"tokwan... adik rindu tokwan..."
sambil nangis. Dan tokwan hanya memegang lengan aku sambil tersenyum dengan iringan air mata di pipinya. Air mata kegembiraan.
Ya, aku tahu tokwan tersenyum tanda dia seronok cucunya masih ingat dia. Aku pon seronok bila tokwan datang melawat aku di dalam mimpi semalam. Tapi rindu aku tak pernah berkurang sedikit pun dekat arwah. Tak pernah.
Masa tokwan nak pergi dah, aku tak sanggup nak lepaskan dia. Adakah aku mahu melawan takdir? Bukan! Aku cuma belum puas berjumpa dia. Tapi aku mesti tabah. Aku tahu tokwan datang nak bagi aku semangat. Semangat untuk berjaya dalam SPM. tahun ni tokwan dah tak dapat bangun solat hajat dan baca yassin untuk aku.
akhirnya, aku terbangun. Aku rasa aku cucu yang bertuah sebab dapat jumpak arwah. Apaapapun, aku tetap mendoakan kesejahteraan arwah tokwan di 'sana'. Alfatihah.