<body>
Sometimes,
You're like a symphony without a sound.


Profile entries Tag Links

Disclaimer
dear self, keep moving forward.


Oh Allah, when I lose hope because my plans have come to nothing, then help me to remember that Your love is always greater than my disappointments, and Your plans for my life are always better than my dreams.

+Follow ∞ Dashboard



Musics
Follow my moves

Your music codes here.


Buku & imaginasi
Sunday, 22 December 2013


Dear littleamigo,


sejak habis SPM nih, agak tak keruan jugak ah hidup aku. Salah satu rutin harian yang tak berapa nak berfaedah yang aku buat ialah baca novel. Ofcoz ah novel cinta melayu memandangkan novel english ayah aku kureng di rumah. Apa boleh buat... Bosan. Nak main internet doplopat jam naik cemuih gak. So aku pinjam dekat cu aku novel dia. Cu aku memang hantu novel punya jenis. Aku pun tak pasti sejak bila dia minat baca novel-novel ni. Setahu aku, dia tak ketagih sangat baca novel ni tapi sejak akhir akhir ni amboih cakap la novel apapun dia sanggup beli. Ish ish. Aku ni sebenarnya bukanlah kaki novel sangat macam kakak aku dengan cu aku. Aku sekadar bosan-bosan melayan perasaan. Bukan apa, novel melayu ni kau tahu-tahu jelah. Asyik jalan cerita yang sama ja. Kahwin paksa, bercinta lepas kahwin, bawak diri lepas gaduh dengan suami heklehhh semua aku boleh baca la. Jalan cerita yang tak masuk akal pun banyak. Contoh, langgar kereta anak datuk mana pastu diajak kahwin sebab terhutang duit tak mampu tanggung kereta rosak. Pergh pergh kalau macam tu aku pon nak. Mewah hidup goyang kaki ja beb :p

Walaupun ntah apa apa punya cerita, aku layankan je. Bila baca buku (more to Malay novels) ni kan, kita mesti akan berimaginasi macam duduk alam lain. Trust me! Kita akan terus leka melayan next incidence yang terjadi dalam cerita tu sampai tak pedulik sekeliling. Kadang sampai tak makan, tak mandi (opss bukan tak langsung cuma lambat sikit hihi). Sampai tidur tak menentu. Aku kalau baca novel sampai 2-3 pagi baru tidur. Gituww punya teruk haaa. Sampai tak keluar bilik dan mak aku pun paham beno lah kalau sampai tak keluar bilik tu apa yang aku buat. Bila memalam, feeling sikit. Ngehehehe. Tetiba rasa nak nangis, jahat gila tau penulis ni mencengkam sanubariku sehingga tersentuh. Cis. Part 'panas' paling tak boleh blah. Penulis tu kalau boleh nak bagi kita feeling teruk. Sememangnya dia tak pikir budak bawah umo pun baca. Sian diorang terpaksa push palotak pikir part ngarut tu.

Itulah keburukan novel. Tarikan macam erm ntah. Tak dapat digambarkan. Bila baca novel, rasanya kita berada di alam lain. Ya, alam lain yang direka oleh seorang manusia. Buat kita lupa masalah yang kita ada. Hero dia pulak kemain class ok. Dalam setiap novel mesti hero dia kacak, tinggi, berkulit putih, cair bila tengok, kaya raya pastu kerabat something. Kemain...... Penah gak aku terpikir kalau aku nak buat novel yang hero dia tak hensem amacam? yang hitam, pendek, miskin lagi tu.. Agak-agak ada tak orang nak beli? Cu aku cakap hang yang menulis, hang yang baca. Hahaha.


Ada yang sanggup kumpul sampai cecah ribu-ribu ringgit. Mau taknya, sekali beli dah RM20++ lagi tebal, lagi mahal. Aku pun ada gak excited dulu-dulu sampai nak beli dan kumpul banyak-banyak, tapi bila pikir balik buang masa jalah. Dah baca mesti nak letak tepi dah. Nak sewa dekat orang RM1 sekali baca macam hajah bakhilah pulak. Memang stop dan sekarang kalau nak baca, pinjam saja. Kalau baca novel memang kena bayang hero hensem dan heroin cantik dalam novel tu. Kalau tak, tak feeling. Tapi masalahnya memang tak pandai aku nak bayang sesiapa. Bab ni aku hentam kromo ja curik sapa pun. Nora danish ka, adi putra ka, azlee khairi ka, nasib ah....

Lepas ni janji dah taknak pegang novel selagi tak buat lesen, dah improve bahasa inggeris. Ada ja buku grammar nak kena baca tapi tarikan novel lebih kuat. Ni kalau bukak buku grammar ni memang dah sah akan tidur awal dari biasa ni. 5minit dah menguap.

Oklah, thats all. Cuma nak cakap hidup berimaginasi ni best. Seolah-olah kita tidak berada di dunia nyata yang penuh pancaroba. Bye assamualaikum.