<body>
Sometimes,
You're like a symphony without a sound.


Profile entries Tag Links

Disclaimer
dear self, keep moving forward.


Oh Allah, when I lose hope because my plans have come to nothing, then help me to remember that Your love is always greater than my disappointments, and Your plans for my life are always better than my dreams.

+Follow ∞ Dashboard



Musics
Follow my moves

Your music codes here.


jamuan kelas 5SA1
Tuesday, 3 December 2013


assalamualaikum ,
Disebabkan aku terlalu excited sgt nak update blog, maka aku terpaksa abaikan sakit kepala yang semestinya akan muncul disebabkan kurang tidur. tak kesah. janji gua dah merdeka. buku? no more ok. hari ni tamat dah perjuangan aku sebagai pelajar SPM 2013. perasaannya pergh lega, tak terucap dgn kata kata. tahu jalah aku ni kalau buat something yg membuatkan aku lalai dan tak pegang buku, mesti hati aku rasa tak tenang. "ish tak baca buku lagi la" "ish apa aku tgh buat ni? buang masa gila" memang ayat ni yang selalu mengacau hidup aku. padehal, aku masih dok buang masa walaupun hati penuh gundah-gulana. cis! 

tapi sekarang, perasaan sebegini sudah lenyap terbang tanpa arah tujuan. aku tahu, freedom ni sekejap ja pun. nanti nak kena sambung belajar gak, nak kembali hadap buku gak. perjalanan hidup aku masih panjang, masih belum mencapai matlamat hidup. masih belum dapat membanggakan mak bapak. 

jadi, aku anggap ini adalah break time untuk aku perbaiki sikap aku. lalai, tak bersungguh-sungguh, cepat putus asa. well, mungkin aku belum nampak lagi kot cabaran yang lebih besar di zaman universiti tu. aku nak hargai masa sekarang. aku nak enjoy jap, takut takut pasnih dah takdak masa untuk berseronok. 

so, aktiviti pertama yang menyeronokkan dimulakan pada malam ni. ada jamuan kelas terakhir untuk kelas 5SA1. sedih :( kenapa terakhir? erm. so inilah BBQ PARTY kami. 

antara makanan yang dihidangkan. yang lain - ayam, daging burger, spagetti, roti arab, sosej, kek dll.

imran.

macam boleh diharap je. macam.

muka tak sabau nak makan. 

part ni sedih. kau dah kenapa syahirah? kelam-kabut nak balik johor kau tu kenapa. sengaja bagi aku sebak tadi kan. saja nak bagi nangis kan. saja kan. tahu tak aku akan rindu sikap keibuan hang tu, tahu tak aku akan rindu nak kongsi masalah aku dgn hang lagi, tahu tak aku dah anggap hang macam kakak aku? dah nak tinggal aku, janji nak stay banyak hari lagi. hang tipu.......... 
cemana pun, aku sayang hang. bila boleh jumpak lagi erm ntahlah. harap hang bahagia dunia wa akhirah, inshaAllah.

syam dan syahirah.

athirah zulkifli.

husna azizul. lawo orangnya, k jeles jap.




minah santik ni - lya. thanks for everything. aku syg hang, nanti dekat PLKN jangan lupa aku tau.


dengan cikgu adilah - cikgu BM kami. sporting orangnya, aku makan dalam kelas ilek je.

ustaz faiz - guru matapelajaran pendidikan Alquran dan Assunnah kami. kalau aku ada kemusykilan apa, aku tanya ustaz ja. 


imran buat lawak, so semua orang macam har har lawak ah mamat ni. kan dah candid. 

jamuan ni tamat dengan jayanya walaupun ada yang tak datang. ini bermakna tamat gak tugas aku sebagai penolong ketua kelas yang tak berwibawa. hahaha. aku harap segala salah dan silap aku selama kita berkawan dimaafkan. moga kita terus berjaya mengejar impian masing-masing. aku percaya, dalam gambar ni terselit satu dua orang yang akan dapat 11A dalam SPM nanti. sapadia? tunggu result keluar nanti. wassalam.